Saturday 31 May 2014

Orang Cakap

Orang cakap kalau perjalanan hidup atau dugaan sebelum kawen tu kuat, maksudnya perkahwinan tu akan kekal lama. Sebab pasangan tu sedaya upaya nak tunjukkan kat semua orang yang diorang ni boleh hidup bahagia.

Orang cakap perkahwinan ni bukan semuanya indah. 
Ada pasang surutnya.
Ada gaduh pujuknya.
Ada masam manisnya.

Orang cakap kalau kau nak kawen, tengok sama ada kau mampu tahan atau tak sahaja. Kalau tak mampu, orang cakap palingkan diri kepada Tuhan. Walaupun bagi aku itu hipokrit sebab waktu susah baru kau mahu cari Tuhan. Tapi bagi aku mungkin tu cara Tuhan teringin nak dengar rintihan hamba-Nya. Dia tengok orang tu terlalu agungkan dunia so dia bagi ujian untuk orang tu ingat pada Dia balik. Aku rasa Tuhan tu sayang dekat dia.

Orang cakap perkahwinan yang dapat restu pun boleh bercerai. Berkahwin dengan pasangan walaupun dapat restu tak semestinya menjamin kebahagiaan. Orang putih selalu cakap, " Marriage is hard work ". 

Orang cakap kalau nak kawen kena banyak usaha supaya ada spark. Aku pernah dengar ceramah agama radio di Kedah FM. Ustaz ni adalah tok kadi. Dia bincang pasal statistik orang bercerai kat Malaysia. Dia cakap 83% orang yang bercerai ni daripada perkahwinan yang suka sama suka. Dan hanya 3% bercerai sebab keluarga tak restu. Lepas tu dia cakap, maksudnya orang yang tak dapat restu nak kawen ni, akan lebih kuat institusinya sebab diorang ni banyak usaha keras untuk kekalkan perkahwinan diorang. 

Orang cakap kalau perkahwinan kena dapat restu ayah ibu. Aku pun rasa benda tu penting. Sebab bagi aku restu ibu ni berkait dengan macam - macam perkara yang akan mendatang. Macam anak, kerja overtime. Semua tu rezeki dari Allah. Tapi kalau kau tak dapat restu ibu, mungkin restu tu akan effect mende2 gitu. Aku rasa la. Dan aku nampak akibatnya dekat orang keliling aku. Tapi aku tengok susah pun, diorang teruskan jugak. Dulu aku fikir, diorang ni tak fikir kah?

******

Dulu konsep restu sangat penting bagi aku, Tapi sekarang bila aku sendiri dalam situasi yang sama. Keluarga suruh aku cari yang lain, suruh aku lupakan dia. Baru aku padan muka.

Aku, tak tau nak buat apa. 

Aku nak dia tapi berbaloikah aku tempuh onak ranjau sekeliling yang kata TAK.
Aku kuat kah?
Hati dia masih pada aku kah?
Tak ada sekelumit sesal kah dalam hati dia bila memilih aku?
Aku ni berbaloi kah untuk dia?

Banyak sangat aku yang aku tak sempurna. Solat masih ada kurang sana sini. Gelak masih kurang sopan. Aku tahu aku kena berubah. Sebab tu aku pilih dia. Aku rasa dia mampu pimpin, mampu bimbing aku. Aku yakin pada dia. Tapi orang sekeliling takut untuk aku.

Aku faham mereka tak nak aku kecewa. 
Tak nak aku sengsara. 
Tak nak aku berpura - pura.
Tak nak aku menangis berduka.

--Tapi diorang tak tahu aku nak dia. 

Betapa tersepitnya aku bila aku sendiri duduk dalam situasi yang aku selalu kutuk dahulu. Padan muka. Tuhan bayar cash. Tuhan ni memang Maha Adil kan?

No comments:

Post a Comment