Tuesday 10 January 2017

#1 Journey to TTC: Makanan Sunnah

Assalamualaikum,

Rasa terpanggil nak share pengalaman saya. Tak dak la banyak mana pun sebab baru sangat setahun. Berbanding orang yang kena operate, bertahun tahun TTC so pengalaman saya ni apalah sangat.  Saja ja nak letak dekat blog sebab nak simpan dan baca balik. 

Since bulan ke enam, I started my journey with TTC dengan makanan sunnah. Macam-macam jenis yang dibeli antaranya adalah

  1. Pati buah delima- yang ni saya consume daily
  2. Madu- yang ni saya consume daily
  3. Kurma- yang ni saya cari yang keras dan liat
  4. Susu kambing- ada yang fresh tu memang bercinta sangat nak minum. Memang nak muntah tapi ku tahan jua. Lepas habis minum pun still bau kambing uwekkk. Walau lamb chop tetap ku telan tapi bau susu kambing memang tak boleh tahan. Laki saya duk gelak tengok saya nak termuntah-muntah meneguk susu kambing, tapi bila suruh minum untuk second day, tak nak pulak dia haha.
  5. Susu kambing blend dengan kurma- Makanya saya pun blend la susu kambing fresh dengan kurma based on pengalaman orang lain. Yang ni boleh la telan jugak sebab ada manis-manis kurma fuhhh. Susah juga ya cari susu kambing fresh so kami cari yang farm fresh or mana-mana yang ada jual dekat tepi jalan.
  6. Buah delima- Yang ni kadang mak belikan kalau dia singgah pasar malam. Kadang saya pun beli tapi mahai sebijik 2-3 ringgit. So sebulan beli dua kali macam tu.
  7. Habbatus sauda - ada setengah orang tak bagi makan sebab depa cakap panas.

No comments:

Post a Comment